12 Ciri utama laman web era 90an

2019-02-09 23:25:22


1. Penyambut tetamu

Di zaman 90an, kebanyakan pemilik laman web suka meletakkan ungkapan "Selamat Datang" di muka hadapan secara besar-besaran

Kebiasaannya menggunakan teks yang besar, 3D dan beranimasi.

2. Under construction page

Berbeza dengan hari ini yang menggunakan ungkapan "Coming Soon", laman web zaman dulu menggunakan "Under Construction"

3. Teks bergerak (Marquee)
Ini adalah teks bergerak... atau lebih dikenali sebagai marquee

Salah satu ciri yang wajib ada di laman 90an. Kadang-kadang teks bergerak ini memaparkan berta terkini, atau kadangkala sekadar sepotong ayat untuk menarik perhatian pengunjung.

4. Animated GIF

Kebanyakan laman web era 90an suka meletakkan animated GIF yang kadangkala tidak berkaitan. Bukan animated GIF yang kita lihat hari ini. Bukan animated GIF sedutan filem yang diubah menjadi meme. Kebiasaannya, animated GIF zaman dulu adalah seperti imej bumi berputar, bayi berjoget dll

 

 

5. Stock images

Antara kegemaran web developer pada masa itu (sampai sekarang)

6. Flash

Di zaman akhir 90an hingga awal 2000an, penggunaan flash dianggap cool.... yang mana akhirnya ia dianggap semak

7. Banyak Teks

Kebanyakan web 90an kurang menggunakan imej dan hampir 90% teks

8. Bevel & embos

Kalau buat button menu, atau header, mesti ada efek bevel... acah-acah 3D kot

9. Iklan semata

Ni memang kejam....kalau ye pun nak dapar duit dengan papar iklan, masuk lah sedikit kandungan. Bukannya iklan semata 

10. Jumlah Pelawat

Memaparkan angka bergrafik jumlah pelawat

11. Buku Pelawat (Guestbook)

Zaman dulu budaya komen setiap artikel kurang popular. Maka tempat pengunjung meninggalkan komen adalah guestbook.

12. Kursor tetikus beranimasi

Komen Anda


© 2019 Faezil Aidil Jamian. Paparan Terbaik 1024 x 768